Friday, December 16, 2011

BILA KAMU MEMAAFKAN....KAMU (JIWAMU) HIDUP....

KEMAAFAN bukan utk yg lemah. Keupayaan utk memaafkan orang berbuat salah kpd kamu itu adalah mercu kpd keyakinan dan kekuatan rohani. Apabila kamu memaafkan, kamu akan tumbuh (bagaikan benih yg tumbuh), hatimu mulai sembuh, sakit belakang kembali tegak...matamu terang lalu bisa kembali menyuluh pandangan laluan di hadapan. MARAH adalah penyakit rohani, namun bila kamu memaafkan maka jiwa kamu hidup.

Memang benar...ia bukan mudah. Pernah ada tikanya, sy terpaksa berdepan dgn manusia yg amat kuat menurut nafsu ammarahnya dan memperlakukan sy serta keluarga begitu buruk sekali, sy masih ingat betapa sukarnya membayangkan imej org itu di minda lalu berkata, " Saya maafkan awak. " Ianya bagaikan suatu igauan dlm beberapa hal. Namun setelah sy melakukannya, sy merasai bagai sesuatu cengkaman yang terlepas dari dada, dan kelopak mata ini mulai hangat kerana mengalirnya si air mata disertai kuntum2 senyum di wajah ini. Subhaanallah.

Tak kira sama ada di pihaknya itu patut dimaafkan atau sebaliknya. Kemaafan itu umpama HADIAH yg kamu berikan kpd diri kamu sendiri. Jika seseorang telah melukaimu, usah risau dgn tertunggu-tunggu bila sipolan tu nak minta maaf atau mendengar penjelasannya, kaedah yg TERBAIK bagi meneruskan hidup kamu adalah dengan menghulurkan KEMAAFAN. Menyimpan perasaan berbuku-buku bagai untaian rantai yg melilit hati sanubari, tetapi KEMAAFAN itu akan memecahkan memutuskan rantaian itu lalu melepaskan dia beserta rasa kemarahan di hati.

Firman Allah,

" JADILAH PEMAAF DAN SURUHLAH ORANG MENGERJAKAN AMAL MAKRUF, SERTA JANGAN PEDULIKAN ORANG2 YANG BODOH." ( Surah Al-A'raf, Ayat 199. )

Dengan kata lain kita terus beristiqomah untuk hidup dalam kemaafan sedia memaafkan, tp kpd mereka itu yg ego dan bersikap pasif tak tentu haluan itu bagai dibelenggu kebodohan itu tinggalkan sahaja mereka. Carilah pergilah kpd hamba2 Allah yg kuat beri sokongan, "supportive", baik hatinya. Jangan sesekali menyimpan perasaan, maupun dendam di hati. Tatkala kamu meletakkan kepala ke batal tidurlah dlm ketenangan dan INSYAALLAH kamu akan bangkit dlm suasana yg menenangkan menyegarkan.

Wednesday, November 30, 2011

ALLAH PASTI MEMBERIKAN YANG TERBAIK...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

... 
Setiap manusia pastinya selalu menginginkan yang terbaik. Mendapat segala yang terbaik dan mengusahakan sesuatu yang terbaik, baik untuk dirinya mahupun untuk orang-orang yang tersayang…

Salah satu sifat seorang Muslim ialah selalu memohon dan meminta pada Allah, Zat yang Maha Kuasa. Satu persepsi dan pegangan bagi seseorang yang bepegang teguh bahawa jika mahukan sesuatu, mintalah pada Allah kerana Dia pasti tidak pernah menghampakan.

Meminta pada manusia, sekali dua kali, mungkin diberinya, tapi mungkin tidak pada permintaan yang berikutnya....tetapi jika berkehendakkan sesuatu, mintalah pada Allah, kerana Dia pasti tidak jemu dan bosan untuk menunaikannya, terkadang juga tidak diminta, diberi-Nya pula.

Mungkin terselit ungkapan tulus dalam bait-bait kata dalam banyak-banyak doa yang dipohonkan kepada Ilahi ... “ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku....”. Tetapi terkadang manusia lupa, terkadang yang dirasakan terbaik untuk diri kita menurut kacamata kita adalah yang terburuk untuk kita menurut pandangan Allah.

....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...” (QS: 216)

Sebaliknya, berkatalah...”Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku, yang Engkau rasakan terbaik untukku...”.

Terkadang juga manusia itu lupa, bahawa yang dilaluinya dan diterimanya itulah yang diminta daripada Allah. Kita terkadang sering lupa, yang datang itulah yang terbaik untuk kita. Tanpa kita pinta, sesuatu ujian yang amat berat datang menjengah untuk mewarnai kehidupan dan menguji kesabaran kita. 

Suatu ujian yang dirasakan berat untuk dipikul dan terasa hilang kesabaran menghadapinya. Ujian yang kita tidak minta tetapi ia datang. Sedangkan kita lupa, bahawa ujian itulah yang kita minta daripada Allah, sesuatu yang ‘terbaik’ untuk kita. Ibrah yang ‘terbaik’ untuk kita untuk menjadikan kita yang ‘terbaik’ di pandangan Allah.

Begitulah, setiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu, amat tinggi nilainya dimata Allah, tiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu juga amat tinggi pengorbanannya pada Allah, persoalannya pada diri kita, adakah kita sanggup untuk menghadapinya untuk mendapatkan yang terbaik itu serta sentiasa berbaik sangka kepada Allah atau sebaliknya......

Janganlah kita menjadi hamba yang kufur akan nikmat-Nya, hanya kerana belum diberi apa yang diinginkan. Yakinlah, Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hamba-Nya. Lihatlah sisi positifnya dari setiap keadaan kita.

Yang manapun kita, bersabarlah...........

Saturday, November 26, 2011

Wanita solehah rela stokin kakinya basah terkena air yang melimpah daripada terkena percikan api neraka

-Wanita solehah rela berpanas memakai jubah menutup segala aurat yang dijaga daripada berendam dalam lautan neraka

-Wanita solehah rela rambutnya disimpan rapi terpelihara dan tudung labuh ke bawah dada daripada digantung rambutnya sehingga mendidih otak derita...
 
-Wanita dicipta bukan untuk dikagumi banyak lelaki,

Tapi untuk seorang lelaki bernama, Suami..

Thursday, November 17, 2011

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka ALLAH SWT. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh ALLAH itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM :

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah. 
2. Perhiasan tanpa berhias. 
3. Kehebatan tanpa kerajaan. 
4. Benteng tanpa pagar. 
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang. 
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal. 
7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasulullah S.A.W. mengenai kelebihan diam yang bermaksud: 
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan Barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya Neraka lebih utama baginya". 
( Riwayat ABU NAIM ) 

"Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI dan MUSLIM ) 

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". 
(Riwayat AT-TARMIZI )


Madah Dari Hukama: 

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP. MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG. KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Friday, April 1, 2011


"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)". ~Al-'Araf ayat 201~

Monday, March 21, 2011

~Bagai Debu Beterbangan~


Suara letusan gunung memekakkan telinga, binatang-binatang serta manusia mati bergelimpangan. Hutan-hutan musnah terbakar. Pada masa itu, orang akan melupakan anak yang sedang disusuinya. Manakala orang yang hamil akan gugurlah kandungannya pada masa itu juga, keadaan manusia pada masa itu seperti orang mabuk kerana goncangan bumi yang begitu kuat. Air laut menyimbah ke darat mengaramkan kota-kota itu hancur berkecai.
Tinggal Debu
Apabila matahari digulung cahayanya, bintang-bintang jatuh bertaburan ke bumi, Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu), unta-unta bunting ditinggalkan. Binatang-binatang berkumpul, laut mengganas. Bila roh disatukan, anak-anak perempuan yang dikubur hidup-hidup disoal. Apakah dosa mereka hingga mereka dibunuh (di zaman jahiliah). Apabila buku-buku kebajikan diedarkan, langit dicabul (Bintang-bintang dan planet tidak di tempatnya). Neraka mula dinyalakan, Syurga mula dibukakan. Setiap orang akan mengetahui apakah amalan yang telah mereka kerjakan. Aku (Allah) bersumpah menarik perhatianmu kepada bintang-bintang yang kelihatan kembali, dan beredar serta berlindung. Demi malam bila telah hampir tamat dan subuh mulai kelihatan. Sesungguhnya semua itu adalah perkataan Rasul yang mulia. Yang mempunyai kekuatan di sisi Arasy yang tinggi darjatnya. Yang dihormat dan dipercayai.(Surah At-Takwir.- Ayat 1-21);
Surah ini menerangkan betapa hebatnya peristiwa kiamat. Cubalah kita bayangkan apabila matahari tidak bersinar, bintang-bintang berguguran jatuh ke bumi. Gunung-gunung yang pejal dari batu-batan hancur bagaikan debu. Oleh kerana goncangan bumi begitu kuat, manusia tidak dapat duduk diam, isi perut bagai dikocak, rumah-rumah, bangunan-bangunan tinggi runtuh timpa menimpa mencium bumi. Ramai manusia yang terkorban, sawah-ladang dipenuhi lahar dan lumpur panas yang dimuntahi oleh gunung berapi.
Dunia seolah-olah sedang mengamuk kepada manusia kerana dosa-dosa mereka. Sana-sini kedengaran suara jeritan minta pertolongan dan suara merintih. Laki-laki dan wanita berlari-lari seperti orang gila kerana ketakutan. Berhari-hari penduduk dunia berada dalam suasana azab bencana akan kiamat. Siang dan malam bumi bergoyang terus-menerus, sehingga tiada satupun bangunan berdiri tegak melainkan semuanya hancur.
Gunung-gunung terus memuntahkan batu-batu api yang menyala-nyala. Pada masa itu tidak ada lagi perasaan gembira. Di kala itu manusia menjadi lebih hairan kerana matahari yang bersinar terang-benderang dan panas tiba-tiba menjadi gelap-gelita. Ketika manusia dalam kebingunggan, kehairanan dan ketakutan yang tak habis habis, tiba-tiba bintang-bintang yang beribu-ribu jumlahnya di angkasa jatuh ke bumi menimpa apa saja yang berada di bumi.
Sana-sini terdengar ledakan-ledakan hebat yang mengegarkan. Pada masa itu panas permukaan bumi sungguh luar biasa, hinggakan air laut menjadi kering. Dalam pada itu datang pula angin kencang bertiup entah dari mana, angin itu menerbangkan apa saja yang terdapat di bumi. Kemudian pada saat genting itu malaikat Israfil meniup sangkakalanya. Apabila dunia telah hancur sama sekali oleh tiupan sangkakala maka wajah dunia bertukar rupa, di mana seluruh muka bumi menjadi rata dan lapang.

@__Matahari Makhluk Allah__@


Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang supaya engkau redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan). Surah Taha Ayat 130
Matahari 
Matahari adalah unit terbesar dari sistem tata suria kita. Matahari sangatlah panas dan mengandung gas yang selalu terbakar. Di permukaannya selalu terjadi ledakan bagaikan jutaan bom atom yang dijatuhkan tiap waktu. Ledakan ini menghasilkan lidah api raksasa yang ukurannya 40 atau 50 kali lebih besar dari bumi kita.  Namun ia tetap tunduk kepada perintah Allah Swt. 
"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahNya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti." (Surah An-Nahl Ayat Ke-12)
Allah telah menciptakan jarak yang sempurna antara bumi dan matahari. Apabila jarak matahari lebih dekat dengan kita, maka semua yang ada di bumi akan menguap dan terbakar. Begitu juga, apabila jaraknya lebih jauh dari saat ini, maka semua daerah akan tertutupi ais. Dengan begitu, tentu saja, kehidupan akan mustahil
Photo by: Annamir
Matahari Terbit Dari Arah Timur dan kesan Effect "Sundog"
Ketika ayat al-Quran diturunkan, manusia belum mempunyai teleskop atau alat saintifik untuk membuktikan matahari itu berputar dan beredar dalam orbitnya. Ini membuktikan bahawa Al-Quran itu adalah perkataan (kalam) Tuhan (Allah SWT).
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui(Surah Yasin Ayat ke-38)
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak dapat mendahului bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.(orbit) (Surah Yasin Ayat ke-40)